Wednesday, June 20, 2012

Wynn teruja jumpa Siti Nurhaliza (ARTICLE FROM UTUSAN 20 JUNE, 2012)

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


WAJAHNYA sering menghiasi dada-dada majalah dan akhbar baik untuk memperagakan baju mahupun produk kecantikan.
Malah namanya antara yang teratas dalam senarai penganjur majlis bagi diundang untuk memperaga fesyen dalam apa jua majlis.
Melihat wajahnya yang putih bersih itu maka tidak hairanlah sekiranya dia menjadi pilihan setiap pereka baju mahupun pemilik-pemilik produk kecantikan untuk memperagakan produk masing-masing.
Di awal pertemuan sebelum ini, saya menyangkakan tuan empunya badan ini berketurunan Cina. Ternyata sangkaan tersebut meleset kerana dia gadis Melayu.
Pemilik nama Syazwin Niza Nasution Humala Darwis ini merupakan anak kelahiran Teluk Intan, Perak dan telah berkecimpungan dalam dunia peragaan sejak 2009.
Walaupun meminati bidang peragaan sejak remaja, tetapi penglibatannya dalam bidang tersebut berlaku secara tidak sengaja.
Mungkin sudah tertulis apa yang diimpikan menjadi kenyataan, dia bermula secara 'bidan terjun' menggantikan seorang peragawati yang tidak dapat hadir untuk satu sesi fotografi.
Ketika itu dia masih berada di tahun akhir dalam pengajian peringkat ijazah jurusan fisioterapi di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.
Dari situ bakat gadis yang lebih mesra dengan panggilan Wynn (disebut Win) ini, terus dicungkil dan kini khidmatnya sentiasa ditagih.
Perjalanan Wynn sebagai seorang peragawati telah dikembangkan lagi dengan penglibatannya dalam iklan komersial.
Bahkan sehingga hari ini lebih daripada 10 iklan televisyen telah dijayakan oleh Wynn.
Ketika ditanya antara peragawati pentas dengan komersial mana satu yang menjadi pilihan, jawab wanita berumur 28 tahun ini, dia lebih menyukai peragawati komersial.
"Memang pada dasarnya Wynn bermula dan berminat untuk menjadi peragawati pentas untuk memperagakan fesyen mahupun produk kecantikan.
"Tetapi setelah diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen sebagai model iklan, rasa-rasanya Wynn lebih suka dengan komersial.
"Bagaimanapun Wynn bersyukur kerana apa yang diimpikan dan dicita-citakan selama ini berjaya dikecapi," ujarnya sambil tersenyum manja.
Sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam dunia peragaan, pencapaian paling tinggi yang pernah diraih Wynn ialah dilantik menjadi duta produk kecantikan SimplySiti, Dermagic, awal tahun ini.
Tidak pernah menyangka akan bekerjasama dengan Datuk Siti Nurhaliza, ia sememangnya satu peluang yang mengujakan dan tidak sama sekali dilepaskan begitu sahaja.
Walaupun pada awalnya, Wynn tidak berminat untuk mengikuti sesi uji bakat untuk pencarian model iklan tersebut tetapi setelah didesak oleh agensi yang dinaunginya, dia gagahi juga.
"Terus terang, Wynn tidak pernah tahu adanya sesi uji bakat untuk mencari model iklan produk SimplySiti itu.
"Agensi yang mendesak, Wynn malas nak pergi sebab tahu ramai lagi moden-model cantik akan pergi uji bakat itu dan ditambah pula Wynn tak yakin langsung.
"Mungkin sudah rezeki Wynn, dalam-dalam tidak mahu pergi, akhirnya Wynn yang dipilih Datuk Siti dan suaminya (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa)," katanya.

2 comments:

  1. wow..bestnye perjalanan cerita k.wynn..hope dpt bekerjasama dgn k.wynn suatu hari nanti..teringin sangat nak jadi model yg ade carier sendri mcm k.wynn..sekarang just dpt shoot biasa2 je...huhu..hari tu Zaira ade try agency yg k.wynn bg b4 ni..purple inc..time shoot profile..org tu kate rasenye Zaira talent first yg pakai tudung yg die penah shoot..huhu...terasa harapan tipis disitu...huhu..ape2 pun...always support k.wynn..

    ReplyDelete
  2. LOVE BREAKUP REASON | LOVE BREAKUP SOLUTION | | LOVE BREAK UP PROBLEM SOLUTION If a person thinks about someone, is it love? if a person care about you is it love? if we fall in love with someone’s beauty is it love? The definition of love can be different.

    ReplyDelete